Semua jenis bisnes perlu ada strategi untuk naikkan jualan. Apatah lagi bagi bisnes kedai makan dan restoran. Bisnes yang sentiasa ada permintaan dan banyak persaingan.
- Strategi menarik customer baru.
Anda mesti ada strategi untuk menarik customer baru untuk datang ke kedai anda.
Pertama sekali, anda perlu buat orang nampak, orang dengar dan orang tahu tentang kedai makan anda, baru mereka datang. Kalau orang tak tahu, macam mana mereka nak datang ke kedai anda?
Pasang banner yang orang boleh nampak dari jauh. Atau warna kedai yang meriah. Dari jauh orang nampak warna warni kedai anda. buat orang tertanya dan nak datang.
Atau kalau kedai anda ada buat bakar-bakar, boleh juga buat orang nampak asap dari kedai anda. Asap sebab anda tengah bakar satay, bakar ikan, bakar ayam.
“Kedai tu ada bakar-bakar la. Mesti makanan panas-panas dia hidang”
Orang suka makan makanan yang baru angkat. Panas berasap lagi. Kalau kita pun nak makanan yang baru angkat tengah berasap kan?
Strategi ni anda kena buat secara online dan offline. Anda perlu buat strategi untuk tarik lebih ramai orang masuk ke kedai. Semakin ramai customer baru, semakin meningkatlah jualan kedai.
Anda juga boleh tawarkan kupon atau voucher kepada customer yang pertama kali datang ke kedai makan anda. Boleh juga jemput mereka untuk buat food testing.
Customer akan rasa dihargai apabila kita jemput mereka. Mereka dah masuk, jadi pikatlah untuk buat mereka datang lagi dan lagi.
- Strategi untuk engage dengan customer sedia ada.
Dapatkan customer baru lagi mahal dari panggil customer yang ada. Database adalah harta anda. Gunakan.
Macam mana nak buat supaya kita sentiasa engage dengan mereka? Sebab mereka ni boleh jadi penyumbang utama kepada sales kedai makan anda.
Sama juga, anda boleh engage dengan mereka secara online dan offline.
Sentiasa follow-up samada melalui whatsapp, sms, atau email. Atau lagi best, di media sosial iaitu di Facebook, Instagram dan TikTok.
Follow-up bukan bagi salam setiap hari. Bukan masa nak bagi poster harga makanan saja. Banyak cara kita boleh follow-up customer.
Follow-up boleh jadi kita bagi info terkini, konten dan sebagainya.
Contohnya anda ingatkan pelanggan tentang cara cuci tangan yang betul. Cara nak cegah anak demam berterusan. Bagi gambar atau infografik kepada mereka. Ucapkan selamat hari raya.
Buat customer tahu yang kita ingat pada mereka. Lagi best bila kita sebut nama mereka.
- Hargai customer yang setia.
Strategi ketiga adalah hargai dan bagi insentif kat customer yang setia. Yang selalu datang berkali-kali ke kedai makan kita.
Anda kena bagi layanan istimewa dekat loyal customers ni. Kena buat jadi kawan baik. Mereka ini lah yang akan buat marketing paling power untuk kedai makan anda.
Iaitu marketing mulut ke mulut. Customer rekomen kedai makan kita kepada rakan dia, kepada adik-beradik dia, kepada saudara mara dia.
Tahu tak? 62% orang akan tengok review secara online bila nak membeli atau makan di restoran. Tapi 92% orang akan percaya bila kawan dia yang recommend.
Marketing mulut ke mulut ni mampu naikkan jualan sehingga 2 kali ganda berbanding iklan berbayar. Rugi sekiranya kita tak menggunakan peluang yang ada.
Nak pikat mereka dengan cara yang macam mana?
Buat kawan baik dengan Ingat hari lahir mereka, bagi hadiah hari jadi. Bila mereka datang ke kedai, layan mereka dengan istimewa. Sambut ahli keluarga mereka dengan baik.
Semua orang suka apabila ahli keluarga kita dilayan dengan baik. Buat mereka rasa mereka vip kat kedai makan kita. Kemudian anda lihat betapa mudah sistem rekomen ini menaikkan sales kedai makan anda.
Ketiga-tiga strategi ini berkait rapat dan ianya satu proses yang berulang. Rancang strategi ini dengan baik, anda akan lihat sales kedai makan akan meningkat.