3 Tips Pancing Pelanggan Food Court

Bila bercakap tentang medan selera atau food court, kita pasti boleh membayangkan deretan kedai makanan dan minuman. Macam-macam pilihan makanan ditawarkan kepada pengunjung. Walaupun kedai-kedai ini menjual menu yang berbeza, tapi persaingan untuk menarik pelanggan itu tetap ada. 

Pengunjung yang datang ke food court selalunya belum fikir apa yang mereka ingin makan. Macam mana kalau ramai pengunjung memilih untuk makan di kedai anda walaupun mereka ada banyak pilihan? Malah ada yang datang sebab kawan yang rekomen. Best kan?

Jadi, apa yang boleh anda lakukan untuk menjadikan kedai anda di food court dikunjungi oleh orang ramai?

1.First Impression

Disebabkan di food court terdapat banyak kedai, penting untuk anda menjadikan kedai anda itu lebih menonjol berbanding kedai-kedai lain. Buat pengunjung rasa tertarik dengan kedai ansa.

Antara yang anda boleh lakukan ialah dengan meletakkan signboard yang berwarna terang atau lampu berwarna-warni yang menarik perhatian. Jadikan kedai anda mudah dilihat.

Biar pelanggan melangkah ke food court tersebut, kedai pertama yang mereka nampak adalah kedai anda.



2. Nama Menu atau Nama Kedai.

Anda perlu sedikit kreatif dalam mengolah nama menu utama anda. Walaupun anda menawarkan menu biasa sahaja, tapi jika nama yang diberikan itu menarik dan unik, ia akan membuatkan pelanggan tertarik untuk ke kedai anda. 

Katakanlah anda berniaga Sizzling Mee ketam, daripada anda sekadar meletakkan nama Sizzling Mee sahaja, anda boleh letakkan nama Sizzling Mee Ketam Menangis. Atau jika nasi ayam, anda boleh letakkan nama Nasi Ayam Dara.

Membaca nama menu ini saja, pasti pelanggan akan tertanya-tanya macam mana rupa ketam menangis dan ayam dara tu kan?



3. Berikan Free Gift.

Semua orang sukakan hadiah. Sukakan benda percuma. Jadi, anda juga boleh mengikat pelanggan yang datang dengan memberi free gift. 

Berikan tawaran istimewa yang boleh buat orang suka dan gembira.

Antara free gift yang anda boleh tawarkan ialah minuman percuma, kupon diskaun untuk pembelian berikutnya, rempah ratus, gula-gula, snack dan macam-macam lagi.

Nampak saja pengunjung yang bawa anak, bagi free gift kepada anaknya. Semua orang suka apabila anak mereka gembira. Tak apa kalau mereka tak jadi membeli di kedai anda, sebab anda dah buat satu ibadah iaitu menggembirakan orang lain. Sekiranya pelanggan datang, tak mustahil untuk mereka datang berkali-kali.



Kesimpulannya, berniaga di food court juga boleh tarik pelanggan dengan mudah. Pengaruh mereka untuk membeli di kedai anda. 

Untuk berjaya dalam bisnes makanan, bukan sahaja makanan perlu sedap, tapi anda juga perlu kreatif untuk memasarkan produk anda. Kreatif untuk buat orang tahu dan nampak anda.