Ramai usahawan makanan yang ada kedai fizikal tidak mempunyai kedai secara online. Tidak aktif di medai sosial. Tanpa mereka sedar, media sosial memiliki pengaruh yang besar dalam masyarakat kita. Dengan kuasa viral, bisnes yang suam-suam kuku pun boleh dapat sambutan luar biasa.
Majoriti pengguna sosial media di Malaysia meluangkan masa yang banyak dengan scrolling Facebook, Instagram,Twitter dan Tiktok danrugilah anda kalau terlepas peluang dan biarkan mereka habiskan masa di depan gadget mereka tanpa melihat produk kita.Sebab itulah ramai peniaga hari ini mengambil kesempatan menggunakan khidmat influencer untuk mempromosikan kedai mereka di media sosial.
Bagi anda yang berminat untuk menggunakan khidmat para pempengaruh ini, kami kongsikan kepada anda 3 jenis influencer yang boleh anda gunakan untuk mempromosikan bisnes makanan anda.
1. Mikro
Influencer yang berada dalam kategori mikro ini boleh dikatakan masih baru dengan sedang dalam usaha mengumpul pengikut di media sosial.
Harga yang dikenakan untuk mendapatkan khidmat mereka ini tidaklah terlalu mahal iaitu dalam lingkungan RM50 ke RM300. Bahkan, ada yang tidak mengenakan bayaran langsung! Anda cuma perlu menyediakan menu terbaik restoran anda untuk mereka cuba.
2.Makro
Mereka yang berada dalam kategori ini pula, telah mempunyai pengikut yang ramai iaitu sekitar 100 ribu dan ke atas.
Mereka juga telah mula meletakkan caj untuk perkhidmatan review mereka. Caj yang dikenakan selalunya dalam lingkungan RM500 sehingga ke RM3,000. Jadi, kalau nak panggil mereka ini, anda mungkin perlu keluarkan modal yang lebih sedikit. Influencer begini sudah ada pengikut yang tegar. Kemana mereka pergi, pengikutnya cuba untuk kesana juga.
Apa yang disarankan mereka selalunya mudah dipercayai oleh pengikut tanpa ragu.
3. Selebriti
Dah namanya pun selebriti, pastilah kos yang perlu dikeluarkan lebih tinggi untuk menggunakan khidmat review mereka. Namun, tak salah sekiranya anda nak cuba untuk memanggil para selebriti bagi mempromosikan kedai makan anda.
Bagi peniaga baharu atau kecil-kecilan, anda boleh bermula dengan marketing dengan menggunakan khidmat influencer dalam kategori mikro. Anda boleh jadikan ini sebagai sesi latihan untuk kapasiti mengeluarkan makanan dengan permintaan yang tinggi.
Untuk memberikan impak yang lebih besar, gunakan khidmat influencer ni sekurang-kurangnya seminggu sekali. Buat selama empat bulan berturut-turut. Ini bagi memastikan netizen tidak lupa dengan kedai anda. Setiap minggu anda boleh panggil influencer yang berlainan.
Kesimpulannya, usahawan makanan boleh mempromosikan kedai makan dengan menggunakan tiga jenis influencer ini. Marketing begini mudah tersebar kerana mereka telah pun mempunyai pengikut yang tersendiri.