” pemilihan restoran bergantung kepada kualiti dan jenis makanan – Kivella (1999)”
Kualiti makanan adalah perkara utama dalam menentukan kejayaan sesebuah restoran.
Dengan menyediakan makanan yang sedap dan berkualiti, kebarangkalian untuk pelanggan datang berulang kali ke restoran anda adalah tinggi. Orang akan utamakan kesedapan makanan dahulu barulah harga.
Jadi, Sebagai penyedia makanan, macam mana anda nak pastikan makanan anda sedap?
Antara cara paling mudah adalah anda boleh lihat kekerapan pelanggan datang ke restoran anda. Sedap jika mereka datang secara berulang kali. Apatah lagi dia datang dengan orang berlainan. Maknanya dia rekomen pula kepada kawan-kawan dia untuk datang ke restoran anda.
Macam mana pula jika layanan dah terbaik tapi tiada pelanggan berulang yang datang? Anda peru buat sesuatu.
Untuk pastikan makanan anda sedap, anda boleh cuba beberapa perkara ini.
- Resepi.
Sekiranya anda nak laksa kat restoran anda yang paling sedap, anda kena cari kat mana laksa yang paling sedap. Dah jumpa? Minta resepi.
Ramai pemilik kedai makan atau restoran tak kisah untuk berkongsi resepi.
Beranikan diri minta resepi. Jujur dengan pemilik resepi. Kemudian anda cuba masak.
Kalau resepi tadi laksa sahaja, anda boleh tambah laksa ikan kembung dua ekor. Letak 2 ekor ikan kembung sebagai tambahan kepada menu laksa di restoran anda.
- Chef.
Tukang masak memainkan peranan penting untuk menjadikan makanan di restoran anda sedap dan diingati pelanggan.
Lebih baik jika anda ambil tukang masak profesional untuk mengetuai aktiviti memasak di restoran anda. Dah tentu aturan dan reka bentuk dapur juga lebih baik.
Mereka adalah orang yang didedahkan dengan teknik dan cara masakan secara profesional.
Percaya atau tidak, persekitaran fizikal sesebuah restoran memang dipengaruhi oleh pelanggan. Pelanggan boleh buat restoran anda penuh dan sesak. Pelanggan juga mampu biarkan restoran anda kosong.
Dari sini kita dapat lihat betapa pentingnya menyediakan makanan yang sedap kepada pelanggan. Dan ia merupakan faktor utama pelanggan datang dan datang lagi.
Pelanggan datang nak memenuhi kehendak untuk makan.
Apabila kita memenuhi kehendak mereka dengan baik, beri makanan yang sedap, mereka pasti setia. Jadi, nadi sesebuah restoran adalah makanan itu sendiri. Pastikan makanan sedap untuk dimakan.