Rahsia Marketing Terbongkar Lepas PKP?

Marketing yang paling dipercayai oleh orang ramai adalah dari pelanggan sendiri.

Marketing online dan offline perlu bergerak seiring dengan kemajuan teknologi hujung jari hari ini.

Lebih-lebih lagi di media sosial. Media sosial adalah tempat bersosial. Jadi orang akan lebih mudah percaya dengan rekomen dari pelanggan sendiri. Sama ada secara bergambar ataupun bertulis.

Ini beberapa cara untuk membuatkan restoran anda dikenali dan dapat marketing secara percuma dari pelanggan.

  1. Buat contest di media sosial anda sama ada di Facebook, Instagram atau di TikTok. 

Minta followers anda untuk tag 5 rakan mereka yang lain. Tawarkan hadiah yang menarik. Biar mereka rasa susah nak tolak dan tak mungkin akan tolak. 

Contohnya anda bagi hadiah pakej Umrah, atau bagi Iphone, atau hadiah motorsikal jika mereka berbelanja paling banyak pada bulan tu. War-warkan kempen ini.

  1. Upload gambar suasana restoran anda yang penuh dengan pelanggan. 

Ini memang terbukti berkesan. Orang akan lebih tertarik apabila nampak kedai tu ramai orang. Suasana ni boleh buat orang lain tertanya-tanya, “apa yang best kat kedai tu?”

Pelanggan yang penuh dalam restoran anda adalah bukti makanan anda best dan disukai ramai.

  1. Anda juga boleh membuat poster beberapa menu yang tinggi marginnya dan yang selalu mendapat permintaan. Atau menu killer yang terdapat di restoran

Mainkan emosi pelanggan dengan menayangkan gambar makanan yang sedap dan boleh membuat pelanggan terliur. 

Gambar-gambar ni anda gantung di dinding atau letakkan di atas meja. 

Kadang-kadang, pelanggan datang untuk makan tapi belum terfikir menu apa yang ingin di makan. Jadi, apabila ditayangkan gambar yang mengiurkan, mereka tak perlu fikir panjang. Teknik ini memudahkan pelanggan dan mampu menaikkan jualan.

  1. Lengkapkan maklumat ringkas kedai F&B anda seperti lokasi, no telefon dan waktu operasi. Perkara ini mendorong pelanggan untuk sampai ke kedai anda.

Setiap kali anda buat posting di media sosial, sertakan maklumat ini. 

  1. Sediakan suasana kedai yang menarik dan sesuai untuk pelanggan bergambar  atau OOTD. 

Ia adalah salah satu cara untuk menggalakkan pelanggan melakukan marketing tanpa mereka sedar. 

Sebagai contoh, restoran anda ada beberapa buaian yang klasik. Atau anda hias seperti taman bunga. Ataupun ada lukisan mural di beberapa sudut dalam restoran.

Ia akan mendorong pelanggan bergambar dan upload di media sosial. Gambar-gambar macam ni akan jadi tarikan kepada kenalan mereka untuk datang.

Anda boleh cuba 5 cara ini sebagai marketing percuma untuk restoran anda. Jangan lupa untuk aktifkan media sosial restoran anda untuk kerja-kerja marketing percuma ini berjalan.