Rahsia Success McDonalds dan KFC

Menjadi idaman semua usahawan makanan untuk dapat sales yang tinggi. Apatah lagi jika dapat tarik balik semua pelanggan lama. Namun, akan ada satu masa, sales anda statik dan tak naik-naik.

Salah satu cara untuk menaikkan sales yang mula statik adalah buat sesuatu dengan menu.

Bukan bermaksud makanan anda tak sedap. Cuma anda perlu cipta kelainan yang baru untuk memanggil semula pelanggan anda.

Upgrade menu di kedai makan anda. Anda tak perlu upgrade semua, hanya satu menu saja. Anda buat satu menu yang tinggi marginnya, yang tak pernah ada sebelum ni dan anda tahu akan ada ramai pelanggan suka.

Perasan tak? McDonalds akan keluarkan menu baru setiap tahun. Contohnya Prosperity Burger. Tapi menu tu hanya dalam waktu yang terhad. Dia tak ada setiap masa. Tapi bila dia keluarkan menu tu, pelanggan akan berduyun-duyun datang. Sales dia akan mencanak naik.

KFC pun sama. Dah ada macam-macam menu baru.Tahun ni Cheezilla Double Down, sebelum ni Burger P.Ramlee, Strategi dia sama, iaitu memanggil semula pelanggan dengan upgrade menu.

Jadi, anda pun sama, kena upgrade menu.

Katakan anda ada menjual nasi arab, nasi briani dan seumpamanya. Selalunya dalam menu anda hanya ada untuk hidangan perseorangan. Jadi anda boleh upgrade menu nasi arab secara dalam dulang yang besar. Atau upgrade menu tadi jadi lebih special. Atau sebelum ni tak ada menu yang datang satu set, hanya ada ala-carte. Jadi, anda buat satu set menu untuk makan secara berkumpulan. Untuk 2 orang makan, untuk 4 orang makan dan seumpamanya. Buatkan menu tu jadi special. Sampai orang rasa rugi kalau tak cuba.

Bila ada menu baru, upah photoghrapher dan videoghrapher untuk ambil gambar menu tadi. Upah mereka yang profesional supaya apabila orang nampak iklan anda, mereka akan terasa lapar.

Kemudian anda buat kempen untuk panggil pelanggan supaya mereka datang. Jangan lupa panggil juga pelanggan lama.

Buat pengumuman, siapa yang berbelanja paling banyak akan menang pakej Umrah. Atau menang sebiji Motosikal.

Kemudian anda lihat sendiri graf sales anda dari mendatar akan jadi mencanak naik.

Kesimpulannya, usahawan makanan boleh buat pelbagai cara untuk naikkan sales kedai. Usah biarkan sales mandatar. Upgrade menu yang ada di restoran anda, gunakan database, buat kempen dan biarkan sales anda menaik balik. Benar, semua usahawan makanan perlu buat ini apabila sales mendatar.